Twitxy Saved

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

@DBKL2u

Twitter rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Follow kami untuk berita terkini , acara, pengumuman dan perkhidmatan perbandaran Kuala Lumpur, Bandar Untuk Semua
Menara 1, Jalan Raja Laut dbkl.gov.my Joined November 2019
161 Following 12K Followers 1.5K Posts

Latest posts 5

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @DBKL2u
Terima Kasih semua!
Sniper Stock (Private) Verified account @Edvardstovk Dec 8, 2025
Program Rancakkan MADANI melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan!

Dari 5–7 Disember di Dataran Putrajaya, program 3 hari ini mencatat sejarah dengan ribuan pengunjung hadir, inilah bukti sokongan luar biasa rakyat Malaysia. 🇲🇾

#ProgramRancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
View quoted post on X
10 replies 3 reposts 6 likes 16K views View on X
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @DBKL2u
Dr Zaliha Mustafa @DrZalihaMustafa Dec 2, 2025
SENIMAN JALANAN DI KUALA LUMPUR KINI DIKENALI SENIMAN KOTA, TERIMA 5 TAPAK BARU DAN 3 INISIATIF SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Bersama-sama para penggiat seni di Temu Rapat dan Bengkel Pemantapan Seniman Kota Kuala Lumpur 2025 di Dewan Komuniti Sentul Perdana.

Saya umumkan berkuat kuasa serta merta hari ini gelaran KL Street Artist atau Seniman Jalanan akan ditukar ke Seniman Kota.

Bagi menghidupkan suasana di sekitar kawasan inisiatif Warisan KL, saya umumkan bahawa DBKL akan membuka 5 lagi tapak baru untuk seniman kota berkarya, iaitu:

1️⃣ Jejak Pahlawan di Bulatan Dato' Onn

2️⃣ River of Life di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad

3️⃣ River of Life berhampiran Pasar Seni

4️⃣ Lanai Seni bersebelahan Pasar Seni

5️⃣ Medan Pasar

Tapak-tapak ini terletak di dalam kawasan Warisan KL dan mempunyai potensi besar sebagai pusat seni di kota Kuala Lumpur ini. Saya mahu seni kembali mewarnai ruang-ruang awam di Kuala Lumpur, namun perlulah secara tersusun dan sedap mata memandang.

Mendepani Tahun Melawat Malaysia 2026 pada tahun hadapan, saya umumkan 3 perkara:

1️⃣ DBKL akan mengecualikan bayaran permit kepada seniman kota yang layak untuk tahun 2026;

2️⃣ Persatuan Karyawan dengan tajaan PEKEMA dan sokongan dari DBKL bersetuju untuk menyediakan t-shirt rasmi seniman kota sebagai identiti baru untuk menggalakkan peningkatan imej dan profesionalisme mereka; dan

3️⃣ DBKL akan menaja caruman PERKESO kepada seniman kota yang berdaftar selama setahun untuk tahun 2026.

Ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada seniman kota yang merupakan salah satu segmen rakyat yang penting dalam pembangunan dan ekonomi negara.

Ibu kota ini tidak hanya dibina dengan batuan dan konkrit semata-mata, tetapi turut dibina dengan seni, budaya, bahasa dan juga kreativiti rakyatnya. Justeru, untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan MADANI memerlukan para seniman kota untuk terus berkarya dan terus melangkah mewarnai bandar raya Kuala Lumpur.

#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
View quoted post on X
1 replies 1 reposts 2 likes 8.8K views View on X
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @DBKL2u
Dr Zaliha Mustafa @DrZalihaMustafa Dec 3, 2025
KEMPEN SIFAR SISA DIPERLUAS KE PUSAT MEMBELI-BELAH DI KUALA LUMPUR

Di sebelah petang, saya ke MyTOWN bagi menyempurnakan Kempen Sifar Sisa di pusat-pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur.

Kempen ini adalah kesinambungan kepada pelancaran Pelan Hala Tuju Sifar Sisa Kuala Lumpur pada Mei lalu, dengan sasaran mengurangkan 60% sisa yang dihantar ke pusat pelupusan menjelang 2040.

Hakikatnya, Kuala Lumpur sedang berkembang pesat; namun kadar penghasilan sisa pepejal meningkat jauh lebih pantas daripada kemampuan kita menguruskannya. Saban hari, lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal direkodkan di Kuala Lumpur, dan DBKL menanggung kos operasi yang semakin meningkat untuk menguruskan jumlah sisa ini.

Jika trend ini berterusan, Kuala Lumpur akan berhadapan tekanan jangka panjang terhadap kapasiti tapak pelupusan, kenaikan kos pengurusan dan impak alam sekitar yang lebih besar, sekali gus menjejaskan daya huni serta kemampuan kita membina kota yang lestari dan berdaya saing.

Inilah sebabnya saya sering menegaskan bahawa kita tidak boleh terus bersifat reaktif dan hanya bergantung kepada amalan lama. Budaya sifar sisa ini perlu dibina sekarang agar generasi akan datang tidak mewarisi beban yang lebih berat.

Di Kuala Lumpur, terdapat kira-kira 70 pusat beli belah yang mempunyai potensi besar untuk bersama DBKL menggerakkan budaya ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada MyTOWN kerana memulakan inisiatif “Waste to Wealth”. Dalam tempoh setahun, MyTOWN berjaya mengurangkan hampir 70% sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, serta menjana hasil baru daripada bahan buangan tersebut.

Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa budaya sifar sisa bukan sahaja baik untuk alam sekitar, malah mampu memberi pulangan ekonomi yang mampan. Kuala Lumpur hanya akan menjadi kota masa depan jika semua pihak memainkan peranan hari ini.

#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
View quoted post on X
1 replies 1 reposts 2 likes 6.1K views View on X