Twitxy Saved

Anwar Ibrahim

Verified account This account is verified because it is a government or multilateral organization account. Learn more

@anwaribrahim

Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
Malaysia linktr.ee/anwaribrahimof… Joined March 2007
12K Following 2.4M Followers 98K Posts

Latest posts 5

Anwar Ibrahim Verified account @anwaribrahim
Saya mengecam keras insiden serangan oleh seorang warga asing terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas di Kepong dan mendoakan agar anggota terbabit segera diberikan kesembuhan.

Sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguatkuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, sama sekali tidak boleh diterima.

Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguatkuasa yang bertugas.

ANWAR IBRAHIM
0:10
159 replies 386 reposts 1.5K likes 147K views View on X
Anwar Ibrahim Verified account @anwaribrahim
Sewaktu sesi libat urus bersama wakil persatuan kontraktor Bumiputera, perbincangan tertumpu kepada usaha memastikan inisiatif Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan sebaiknya, khususnya oleh kontraktor kecil.

Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan kepada kontraktor Bumiputera G1 hingga G4 kepada RM7.5 bilion, berbanding RM4 bilion tahun ini. Langkah ini bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk membina keupayaan, mengembangkan perniagaan dan melaksanakan projek yang diperlukan rakyat.

Tatacara perolehan turut dipermudah, termasuk menaikkan had lantikan terus bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti kerajaan sehingga RM200,000, selain kemudahan pembiayaan serta langkah menangani kenaikan kos diesel dan bitumen.

Saya mahu peluang ini dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang berdaya saing dan berintegriti. Setiap projek adalah amanah kepada rakyat yang mesti dilaksanakan dengan mutu terbaik, mengikut jadual dan penuh tanggungjawab.

#MalaysiaMADANI
#EkonomiMADANI
#Belanjawan2027
9 replies 28 reposts 99 likes 7.4K views View on X
Anwar Ibrahim Verified account @anwaribrahim
AGENDA REFORMASI EKONOMI & PENDIGITALAN NEGARA LONJAK MALAYSIA KE TANGGA KE-27 WDAIR 2026

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026, berbanding tangga ke-34 pada tahun lalu, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.

Pencapaian ini didorong khususnya oleh peningkatan 21 anak tangga dalam Penggunaan AI ke kedudukan ke-14 dunia, Kecekapan melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-28 dan pelaksanaan strategi AI nasional di tangga ke-12.

Malaysia turut mencatat kedudukan ke-18 bagi Pembangunan Tenaga Kerja, kedua dunia bagi graduan sains, kelima bagi modal teroka, keenam bagi eksport berteknologi tinggi dan kelapan bagi insentif pelaburan AI.

Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 (Negara AI 2030) menyasarkan pewujudan sehingga 300,000 pekerjaan baharu berkaitan AI serta sumbangan tambahan kepada pertumbuhan KDNK sehingga 1.2 mata peratusan menjelang 2030.

Melalui Belanjawan MADANI 2027, sebanyak RM30 juta disediakan menerusi MDEC untuk membantu 4,000 PMKS menerapkan AI dan mengautomasi operasi, melatih serta memperakui 5,000 profesional AI, selain menyediakan tambahan 100,000 langganan AI percuma kepada golongan muda.

ANWAR IBRAHIM
11 November 2026
8 replies 29 reposts 102 likes 5.7K views View on X
Anwar Ibrahim Verified account @anwaribrahim
Saya menerima khabar duka dari Melaka. Saudara Samivel, wakil calon HARAPAN bagi DUN Asahan telah terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.

Sebagai Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan. Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini.

Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini.