Twitxy Saved

Saifuddin Nasution Ismail

Verified account This account is verified because it is a government or multilateral organization account. Learn more

@saifnasution

Menteri Dalam Negeri | Ketua Setiausaha Pakatan Harapan l Naib Presiden KEADILAN #MalaysiaMADANI 🇲🇾
Kulim Bandar Baharu facebook.com/saifuddin.nasu… Joined March 2011
459 Following 108K Followers 15K Posts

Latest posts 5

Saifuddin Nasution Ismail Verified account @saifnasution
Tahniah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim!

Pengiktirafan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh Islam ke-13 paling berpengaruh di dunia dalam The Muslim 500 edisi 2027 bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi turut mengangkat nama dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.

Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan beliau dalam membawa gagasan Malaysia MADANI, memperkukuh diplomasi antarabangsa, memperjuangkan keamanan sejagat serta menegaskan komitmen memerangi rasuah yang bertunjangkan nilai amanah, keadilan dan integriti dalam Islam.

Alhamdulillah perjuangan dan pesanan beliau kepada barisan kepimpinan negara untuk terus menentang rasuah juga membawa matlamat yang jelas, iaitu memastikan ketirisan dana awam dibendung dan hasil negara dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan rakyat, termasuk pendidikan, kesihatan, kemudahan asas dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Di peringkat antarabangsa, pengiktirafan ini turut menyumbang kepada imej dan keyakinan terhadap Malaysia. Keyakinan tersebut penting dalam usaha menarik pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan serta merancakkan ekonomi negara.

Insya-Allah Malaysia akan terus dihormati di pentas dunia dan yang paling penting adalah hasil pembangunan dan kemakmuran dikembalikan kepada rakyat.

Tahniah YAB Perdana Menteri!

#YakinMADANI
#MalaysiaMADANI
#SaifNasution
31 replies 35 reposts 224 likes 67K views View on X
Saifuddin Nasution Ismail Verified account @saifnasution
Esok, 14 November, rakyat Melaka akan membuat pilihan untuk menentukan masa depan negeri tercinta.

Sepanjang tempoh berkempen, saya melihat sendiri semangat, harapan dan aspirasi rakyat Melaka yang mahukan kemajuan, kestabilan serta masa depan yang lebih baik.

Kini, tiba masanya untuk menterjemahkan harapan itu melalui peti undi.

Berilah kepercayaan kepada calon-calon Pakatan Harapan untuk terus berkhidmat dan membawa Melaka melangkah lebih jauh.

Selamat mengundi, orang Melaka!

#Melaka Rumah Kita
#UndiHARAPAN
#SaifNasution
2 replies 0 reposts 19 likes 758 views View on X
Saifuddin Nasution Ismail Verified account @saifnasution
KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

AGAMA SEPATUTNYA MENYATUKAN, BUKAN MENJADI ALAT MEMECAH-BELAH MASYARAKAT

Saya memandang serius kenyataan bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sezalim orang bukan Islam, seperti yang dilaporkan dalam ceramah politik di Melaka.

Kenyataan sedemikian amat dikesali kerana ia membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 8, yang bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”

Sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai.

Sungguh amat dikesali ada yang membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam, hanya kerana perbezaan agama?

Seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat.

Rasulullah SAW mengajar bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Rasuah tetap rasuah. Penindasan tetap penindasan. Pengkhianatan terhadap amanah tetap satu kesalahan, siapa pun pelakunya.

Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah.

Saya ingin mengingatkan bahawa Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain. Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik.

Begitu juga, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana kita menghormati hak kaum dan agama lain.

Sebaliknya, umat Islam akan lebih dihormati apabila mereka menjadi contoh terbaik dalam keadilan, kemajuan, kebijaksanaan dan sifat rahmah kepada seluruh manusia.

Pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat menilai rekod prestasi, integriti dan kemampuan calon serta parti politik, bukannya medan untuk membangkitkan ketakutan dan prasangka kaum dan agama.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Ketua Setiausaha
Pakatan Harapan
13 November 2026
22 replies 56 reposts 314 likes 11K views View on X
Saifuddin Nasution Ismail Verified account @saifnasution
Adakah pengampunan bersyarat terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan satu bentuk layanan “dua darjat”?

Ini adalah soalan tambahan YB Pulai di Dewan Rakyat tadi dah saya menjelaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara hukum dan setiap proses mesti berpandukan undang-undang.

Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, setiap individu yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman berhak memohon pengampunan, tanpa mengira pangkat, kedudukan atau latar belakang.

Namun, hak untuk memohon tidak bermakna pengampunan akan diberikan. Keputusan pengampunan adalah tertakluk kepada proses dan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan. Tanggungjawab KDN melalui Jabatan Penjara Malaysia adalah melaksanakan keputusan pengampunan mengikut undang-undang serta syarat yang ditetapkan.

Prinsipnya jelas. Hak memohon pengampunan terbuka kepada semua, manakala KDN bertanggungjawab melaksanakan keputusan yang sah di sisi undang-undang.

#YakinMADANI
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution
1:41